-the journey begins here-
bberapa perkara yg masih segar dlm kpala akan aku cuba rungkaikan
1999- masa nih umor aku baru 10 tahun.. dapur yg sempit jadi tempat mengadun, menguli, membakar, dan menggoreng kuih. pagi2 dah kena hntar ke gerai2 makan kat kampung dgn berbasikal. masa nih, aku ingt kuih yg mk aku buat, paung bakar (roti), paun goreng ubi, dan kuduh. mk aku blaja resipi kuduh dr arwah tok aku sbelah abah. paun goreng ngn paung bakar dia tgk2 org n dia cuba sndiri.. bakat anugerah tuhan bagi, semua kuih yg mk buat semua mnjadi.. aku masih ingt dulu2 mk slalu buat samosa kecik dan packing dlm plastik kecik.. aku lah mngsanye. kecik2 dah kna niaga kat skolah. hntar kat koperasi, promote n jual kat kwan2. rasa malu ada, tapi lama2 aku biasakan diri je..
cerita mak pada aku, kisah dunia perniagaannya bermula sebelum aku dilahirkn lagi. mk ada ikhtiar sndiri untuk mencari nafkah sampingn. masa ni abh aku aktif dalam koperasi nelayan, persatuan2 dan juga berniaga bidang tambun tanah. mk pernah bercita-cita nak buka gerai keropok, kedai kek dn roti, serta kedai runcit.
2001- tahun ni merupakan tahun tragik bagi kami kerana abah mngalami kmalangn ngri yg hampir meragut nyawa beliau. pd tahun ini juga kami kehilangn adik bongsu yg dinamakan ahmad firdaus. (al-fatihah). segala aktiviti perniagaan dihentikan.. abh sakit berminggu-minggu sebelum pulih sepenuhnya. terima kasih kepada jiran2, saudara2 dan sahabat2 abah yg byk membantu dr segi bantuan kewangan,dn moral support. kami amat menghargainya.
2002-2006 - masa nih aku berada di sekolah menengah.. apa yg aku ingt masa awal zaman skolah mnengah,(xingt tahun bila) mk pergi blaja cara buat satar dgn arwah mk siti. kami menumpang jual produk satar di gerai mkan saudara dn kami mndapat sambutan yg amat menggalakkan. pernah aku ingt, customer pernah mnggelarkn satar kami adalah 'satar susu' kerana satar yg kami hasilkn adalah 100% daripada ikan timun. cubaan kami berjaya,namun peluang untuk mlebarkan sayap agak terhad disbbkan faktor2 kewangan dn mslh keluarga. kami mencuba pula menumpang di gerai makan di hadapan hospital kemaman dan memperkenalkan produk satar dalam kalangan pnduduk chukai. sambil2 itu, kami mencari peluang2 lain selain mnjual produk pada satu tempat shj. maka bermulalah perniagaan kedai makan yang kini masih utuh di gong limau, chukai. produk utama yang diperkenalkan adalah satar bakar dan kuduh. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kini kedai makan mahawie di gong limau menghidangkan kepelbagain kuih-muih untuk pilihan customer, selain nasi lauk tengahari.
dalam waktu tersebut juga dgn bantuan pihak ypu, dan jabatan perikanan kami sentiasa membuat penambahbaikan pada produk satar dan timbul idea mencipta produk satar goreng(segera) yg boleh disejuk-beku. sumber idea didapati drpd masalah pelanggan dari jauh yg ingin membawa pulang satar ke rumah. dan timbullah satar goreng yg digulung dalam kulit popia. pernah abah meletakkan nama produk ini sbg satar gulung, namun nama produk tidak mnarik perhatian planggan.
2014 - kami bercita-cita besar ingin meluaskan cabang perniagaan ke seluruh malaysia. semoga cita-cita terlaksana dan diberi keizinan oleh-Nya. sekarang satar mahawie sudah bertapak di food court lokas makana, puchong utama.